Sabtu, 26 Mei 2012

PEROSAK TANAMAN ORKID


Perosak
Tanda - tanda kerosakan
Kawalan
Kumbang Orkid
Kumbang dewasa dan juga jentek-jentek (larva) jenis Lema pectoralis hidup dengan cara memakan bunga-bunga orkid.  Ia lebih menyukai orkid yang tumbuh ditengah panas terik.  Pokok-pokok yang tumbuh di bawah separa lindungan didapati kurang diserang perosak--perosak seperti kumbang.
Selalunya di kebun-kebun orkid yang dijaga rapi, kumbang ini tidaklah menjadi masalah besar disebabkan bunga-bunga yang diserang sentiasa dipetik dengan tangan dan ini akan mengawal peningkatan populasi kumbang.
   

Penyemburan racun-racun serangga seperti dimethoate (contohnya Rogor, Cygon), diazinon, propoxur (contohnya Unden) dan Malathion ke atas bunga-bunga yang diserang sangat berkesan bagi mengawal larva dan ini boleh menyekat pembiakan populasi kumbang.  

Kutu trip orkid 
( Anaphothrips corbetti)  
Kutu terip orkid adalah sejenis serangga kecil yang hampir tidak kelihatan dengan mata kasar.  Kutu terip bertelur di atas putik-putik bunga dan daun-daun muda.  Terip muda dan dewasa memakan bahagian dalam bunga atau putik bunga dengan mengorek sel-sel pokok dan menghisap jus yang keluar.  Ini menyebabkan putik-putik bunga menjadi cacat dan tidak akan kembang dengan sempurna.  Jejalur putih berkilauan seperti warna perak yang didapati di atas sepal dan ranggi (petal) yang lebih jelas jika dilihat di bawah pancaran matahari adalah tanda kerosakan yang ditinggalkan oleh kutu terip.
   


Serangga Teritip
  (Parlatoria proteus, Diaspis biosduvalii)  
Serangan teritip boleh menyebabkan pokok orkid jadi terbantut.  Teritip ini adalah kecil dan berbentuk bulat hingga bujur serta memanjang 1mm dan mengeluarkan sisik di atas yang dilindunginya.  Jika tidak dikawal ia akan merebak dengan teruk.  Selalunya diikuti dengan semut yang makan cecair manis (honey dew)  yang dikeluarkan olehnya.  Cecair ini jika jatuh atas daun menyebabkan pertumbuhan kulat jelaga hitam (sooty mould) yang meninggalkan kesan hitam atas daun.  
Teritip boleh dikawal dengan menyembur salah satu kimia ini seperti White koil, Diazinon, Demethoate dan Malathion.
   

Koya-Koya
  (Pseudococcus sp.)  
Ia menyerupai teritip tetapi agak bebas bergerak dan tidak mempunyai sisik penutup.  Dia mengeluarkan sejenis zat putih yang berlilin, berkapas putih yang menutupi keseluruhan badan lembut yang berwarna merah muda, menyebabkan ia kelihatan seperti debu putih.  Ia juga mengeluarkan cecair manis. 
Racun kimia yang disyorkan untuk mengawal teritip boleh juga dipakai untuk menahan serangan koya-koya.  
            Hama (Mite)  
Ia bukan serangga tetapi menyerupai labah-labah dan sengkenik yang mempunyai 4 pasang kaki.  Saiz hama ini sangat kecil lebih kurang 0.2 mm hingga 0.3 mm panjang dan boleh dilihat dengan mata kasar sebagai bintik-bintik kecil berwarna merah, bergerak sangat lembab dan hidup dengan menghisap cairan dan klorofil dari pokok dengan menggunakan mulut yang berbentuk seperti jarum.  Ia hidup dengan cara berkelompok dan bila populasinya bertambah, mereka meninggalkan kesan kesat, keputihan dan berkilauan di permukaan bawah daun.  Keadaan ini akan bertukar menjadi warna gelap hingga ke coklat tua bila serangan bertambah teruk.
Untuk mengawal serangan hama, pokok orkid boleh disembur dengan racun hama yang berkesan seperti Kelthane.  Arahkan semburan ke permukaan bawah daun di mana terdapat hama yang banyak.  Tentukan semburan itu basah mengenai sasarannya.
   
Siput Babi  
Ia meninggalkan kesan yang buruk kepada anak-anak benih orkid. Ia memakan daun dan akar orkid.  Siput-siput keluar pada waktu malam. Terdapat beberapa jenis antaranya jenis besar (giant african snail) Achatina fulica. Siput-siput ini boleh dikawal dengan mengutip dan membunuhnya atau menggunakan racun siput.
 
Jenis lain yang kerap juga menimbulkan masalah ialah siput jenis Neosuccinea  sp. dan Microcystic sp. berbadan papar dan bulat dan jenis Subulina sp. yang berbadan panjang dan runjung.  Siput-siput ini memakan alga dan bahan organik yang mati.  Apabila bahan-bahan ini tidak kedapatan, mereka akan makan hujung-hujung akar orkid yang lembut dan hijau atau pucuk anak benih atau anak tumbuhan (plantlet). 

Ia tidak tertarik dengan racun siput yang diberikan tetapi boleh dikawal dengan menyembur metaldehyde atau mathiocarb.
 
   



Tiada ulasan:

Catat Ulasan