Ahad, 30 Oktober 2011

Pengenalan Orkid

Pokok orkid terbahagi kepada dua golongan iaitu :
i.          Terrestrial spesies  iaitu orkid yang tumbuh di atas tanah
ii.         Ephiphyte spesies iaitu orkid yang menumpang di atas dahan pokok lain

Pokok orkid mempunyai akar udara yang berfungsi menyerap nutrient. Pokok orkid di kelaskan kepada dua kumpulan mengikut kaedah pertumbuhannya iaitu :
i.          Orkid Monopodal iaitu orkid yang mempunyai sifat-sifat berikut :
  • Batang yang tumbuh tinggi
  • Daun keluar dari sisi
  • Akar keluar dari sisi
  • Bunga keluar di hujung batang
Contoh orkid:
  • Vanda sp.
  • Aranda sp
  • Arachnis sp.
ORKID SIMPODIAL

Orkid simpodial adalah orkid yang mempunyai ciri-ciri berikut :
1.      Satu jambak bungapada satu batang
2.      Hidup seolah serumpun
3.      Mempunyai batang atau bebawang

Contoh orkid :
  • Cattleya sp.
  • Dendrobium sp.
  • Oncidium sp.
CIRI-CIRI FIZIKAL ORKID

Ada empat ciri utama orkid berdasarkan berdasarkan perkara yang berikut :

BENTUK
  • Jenis Aranda : Tunggal, berbunga Sederhana
  • Jenis Arachnis : Tunggal, Berbunga Sederhana
  • Jenis Vanda dan Cattleya : Tunggal, Berbunga Besar
  • Jenis Dendrobium : Berumpun, Berbunga Sederhana
  • Jenis Oncidium : Berumpun, Berbunga Kecil
TEKSTUR
  • Tekstur halus contoh : Oncidium sp.
  • Tekstur sederhana contoh : Dendrobium sp.
  • Tekkstur kasar contoh : Cattleya sp.
UKURAN
  • Saiz dan ketingggian orkid bergantung pada jenisnya
  • Ketinggian orkid antara 50mm -1000mm
WARNA
  • Orkid mempunyai pelbagai warna bunga yang menarik

1 ulasan: